Kebenaran Sebuah Kegagalan


Di saat rasa jiwa kosong & down ni, aku jumpa sesuatu di blog ini.

Ayat motivasi daripada tulisan puisi “Kebenaran Sebuah Kegagalan” oleh Robert Schuller.

  • Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu.
  • Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
  • Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
  • Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
  • Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
  • Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.

Gundah hati

Pagi ini, seperti pagi2 yg sebelumnya, emosi & pemikiran aku terganggu. Semangat aku down. Pemikiran bercelaru. Terganggu dek hati yg masih tidak ikhlas meredhai ujian Allah beri. Ya Allah Ya Tuhanku, hebatnya sangatkah ujianMu hingga aku x mampu meredhai?

Aku masih celaru memikirkan mana yang lebih penting. Antara modal yang telah lebur, pekerja yang mengharapkan simpati, partner yang asyik mengenakan, rakan keliling yang mengambil kesempatan & peluang yang kabur datang.

Aku yakin, mampu membina memperbaiki semula dengan bantuan Allah. Aku masih ada kerjaya, masih memiliki keluarga, masih mempunyai rakan yang baik, masih diberi nikmat kesihatan & nikmat rezeki dari Allah. Apa lagi yang aku mahu?

Jika ditakdirkan duit yang ada di dalam tangan bukan rezekiku, mahu x mahu, suka x suka, redha x redha, Allah akan abil jua. Seperti jua Allah meminjamkan dunia ini kepada hambanya, semuanya sementara.

Ada orang rugi kehilangan orang tersayang akibat kecuaian diri. Ada orang rugi besar sampai muflis gara2 kesilapan diri. Ada orang yang rugi kehilangan kesihatan dek kealpaan diri. Jika jauh fikir, semua pinjaman dari Allah. Untuk menguji hambanya.


Hebatkah ujian Tuhan sehingga tiada sekelumit rasa redha & ikhlas di hati?

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosaku. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusanku dengan petunjukMu.

Dugaan Hidupku

Sudah lama kiranya aku tak membuat posting dalam blog yang aku wujudkan ini. Sejak aku berkecimpung di dalam perniagaan bengkel kereta, banyak masa aku dihabiskan untuk kendali perjalanan bengkel dari mula.

Modal pelaburan aku lebur lebih RM80 ribu untuk bengkel tersebut. Percaturan menjadi rakan kongsi kepada seorang rakan (merangkap jiran) yang menjadi harapan aku untuk maju dalam perniagaan hancur lebur. Hanya dalam masa 3 bulan!

3 bulan ini mengajar aku tentang perangai manusia. 28 tahun hidup aku yang tidak mahu mencampuri urusan manusia lain dengan hanya membuat hal sendiri, membuat aku terkena. Terkena dengan manusia yang hanya tahu mengambil kesempatan. Pengajaran yang mahal untuk aku membayarnya. Tambahan lagi, karakter pendiam, lemah & mudah mengalah aku dengan pujuk rayu & janji manusia, buat orang mudah mempermainkan aku.

Aku lambat belajar dari kegagalan awal. Bukan sedikit orang menasihati aku supaya berhati-hati dengan rakan kongsi aku. Aku bodoh untuk menilai orang. Pada aku, orang semua akan bersifat jujur jika aku jujur pada orang. Rupanya aku telah membuat kesilapan.

"Bos, aku jamin dalam masa 5 bulan, kita boleh dapat pulangan modal... Bisnes bengkel kereta memang untung bos. Kita boleh buat duit dengan melabur dalam bisnes bengkel ni. Tambahan lagi jika ada lesen kewangan, PIAM & SPANCO." Begitulah lebih kurang janji manis waktu mula melabur. Dengan pelanggan yang sedia ada, tambahan dengan lokasi bisnes yang strategik, aku tak fikir panjang (kesilapan terbesar aku).

Nasihat isteri tersayang aku ketepikan. Aku yakinkan isteri, semuanya akan ok. Aku akan kawal bisnes dengan sehabis baik. Isteri aku takut aku dikenakan orang kesekian kalinya. Rakan kongsi yang ingin aku laburkan kali ini bukan boleh dipercayai, kata nalurinya. Aduhaiiii... Kerap juga aku bertengkar & isteri merajuk. Teruknya & zalimnya aku. Isteri yang lebih penting, aku sakiti hatinya sedangkan orang yang tiada tali persaudaraan dengan aku, aku pertahankan. Mungkin ini balasan dari Tuhan. Ya Allah, ampunkanlah dosa aku !

Pada isteri, aku selalu minta maaf. Aku redha dengan kerugian besar yang aku tanggung. Tiada rezeki aku dalam bisnes bengkel kereta. Aku pasrah, Allah nak uji aku. Aku berdoa semoga Allah kuatkan semangatku.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, kau ampunilah dosaku, kedua ibu bapaku, isteriku & keluarga besarku. Kau ampunilah dosa sekalian umat manusia di bumi ini Ya Allah. Kau ampunilah dosa manusia-manusia yang telah mengkhianati diri ini Ya Allah. Kau berikan petunjuk dan taufik hidayah-Mu kepada hambamu ini. Kau berikanlah kekuatan agar aku mampu mengharungi ujian-Mu. Kau permudahkanlah urusan hidupKu dan keluarga Ya Allah. Sesungguhnya, azab siksaMu, tak mampu aku lalui."

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah aku kekuatan, kesabaran & ketabahan dalam mengharungi ujian hidupMu. Kau kuatkanlah semangatku. Sesungguhnya, diriMu jualah yang lebih mengetahui. Aku berserah kepada-Mu. Aku insan lemah yang hanya mampu merintih & merayu ihsan belasMu. Rezeki, hidup & matiku hanya kepada-Mu Ya Allah".

Amin Ya Rabbal A'lamin.