Kebenaran Sebuah Kegagalan


Di saat rasa jiwa kosong & down ni, aku jumpa sesuatu di blog ini.

Ayat motivasi daripada tulisan puisi “Kebenaran Sebuah Kegagalan” oleh Robert Schuller.

  • Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu.
  • Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
  • Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
  • Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
  • Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
  • Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.

Gundah hati

Pagi ini, seperti pagi2 yg sebelumnya, emosi & pemikiran aku terganggu. Semangat aku down. Pemikiran bercelaru. Terganggu dek hati yg masih tidak ikhlas meredhai ujian Allah beri. Ya Allah Ya Tuhanku, hebatnya sangatkah ujianMu hingga aku x mampu meredhai?

Aku masih celaru memikirkan mana yang lebih penting. Antara modal yang telah lebur, pekerja yang mengharapkan simpati, partner yang asyik mengenakan, rakan keliling yang mengambil kesempatan & peluang yang kabur datang.

Aku yakin, mampu membina memperbaiki semula dengan bantuan Allah. Aku masih ada kerjaya, masih memiliki keluarga, masih mempunyai rakan yang baik, masih diberi nikmat kesihatan & nikmat rezeki dari Allah. Apa lagi yang aku mahu?

Jika ditakdirkan duit yang ada di dalam tangan bukan rezekiku, mahu x mahu, suka x suka, redha x redha, Allah akan abil jua. Seperti jua Allah meminjamkan dunia ini kepada hambanya, semuanya sementara.

Ada orang rugi kehilangan orang tersayang akibat kecuaian diri. Ada orang rugi besar sampai muflis gara2 kesilapan diri. Ada orang yang rugi kehilangan kesihatan dek kealpaan diri. Jika jauh fikir, semua pinjaman dari Allah. Untuk menguji hambanya.


Hebatkah ujian Tuhan sehingga tiada sekelumit rasa redha & ikhlas di hati?

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosaku. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusanku dengan petunjukMu.

Dugaan Hidupku

Sudah lama kiranya aku tak membuat posting dalam blog yang aku wujudkan ini. Sejak aku berkecimpung di dalam perniagaan bengkel kereta, banyak masa aku dihabiskan untuk kendali perjalanan bengkel dari mula.

Modal pelaburan aku lebur lebih RM80 ribu untuk bengkel tersebut. Percaturan menjadi rakan kongsi kepada seorang rakan (merangkap jiran) yang menjadi harapan aku untuk maju dalam perniagaan hancur lebur. Hanya dalam masa 3 bulan!

3 bulan ini mengajar aku tentang perangai manusia. 28 tahun hidup aku yang tidak mahu mencampuri urusan manusia lain dengan hanya membuat hal sendiri, membuat aku terkena. Terkena dengan manusia yang hanya tahu mengambil kesempatan. Pengajaran yang mahal untuk aku membayarnya. Tambahan lagi, karakter pendiam, lemah & mudah mengalah aku dengan pujuk rayu & janji manusia, buat orang mudah mempermainkan aku.

Aku lambat belajar dari kegagalan awal. Bukan sedikit orang menasihati aku supaya berhati-hati dengan rakan kongsi aku. Aku bodoh untuk menilai orang. Pada aku, orang semua akan bersifat jujur jika aku jujur pada orang. Rupanya aku telah membuat kesilapan.

"Bos, aku jamin dalam masa 5 bulan, kita boleh dapat pulangan modal... Bisnes bengkel kereta memang untung bos. Kita boleh buat duit dengan melabur dalam bisnes bengkel ni. Tambahan lagi jika ada lesen kewangan, PIAM & SPANCO." Begitulah lebih kurang janji manis waktu mula melabur. Dengan pelanggan yang sedia ada, tambahan dengan lokasi bisnes yang strategik, aku tak fikir panjang (kesilapan terbesar aku).

Nasihat isteri tersayang aku ketepikan. Aku yakinkan isteri, semuanya akan ok. Aku akan kawal bisnes dengan sehabis baik. Isteri aku takut aku dikenakan orang kesekian kalinya. Rakan kongsi yang ingin aku laburkan kali ini bukan boleh dipercayai, kata nalurinya. Aduhaiiii... Kerap juga aku bertengkar & isteri merajuk. Teruknya & zalimnya aku. Isteri yang lebih penting, aku sakiti hatinya sedangkan orang yang tiada tali persaudaraan dengan aku, aku pertahankan. Mungkin ini balasan dari Tuhan. Ya Allah, ampunkanlah dosa aku !

Pada isteri, aku selalu minta maaf. Aku redha dengan kerugian besar yang aku tanggung. Tiada rezeki aku dalam bisnes bengkel kereta. Aku pasrah, Allah nak uji aku. Aku berdoa semoga Allah kuatkan semangatku.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, kau ampunilah dosaku, kedua ibu bapaku, isteriku & keluarga besarku. Kau ampunilah dosa sekalian umat manusia di bumi ini Ya Allah. Kau ampunilah dosa manusia-manusia yang telah mengkhianati diri ini Ya Allah. Kau berikan petunjuk dan taufik hidayah-Mu kepada hambamu ini. Kau berikanlah kekuatan agar aku mampu mengharungi ujian-Mu. Kau permudahkanlah urusan hidupKu dan keluarga Ya Allah. Sesungguhnya, azab siksaMu, tak mampu aku lalui."

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah aku kekuatan, kesabaran & ketabahan dalam mengharungi ujian hidupMu. Kau kuatkanlah semangatku. Sesungguhnya, diriMu jualah yang lebih mengetahui. Aku berserah kepada-Mu. Aku insan lemah yang hanya mampu merintih & merayu ihsan belasMu. Rezeki, hidup & matiku hanya kepada-Mu Ya Allah".

Amin Ya Rabbal A'lamin.

Tips Tahan Lama - Penggunaan Bateri Laptop

Cuba anda bayangkan situasi berikut :

Anda berada di sebuah cafe sedang berbincang dengan prospek perniagaan anda melalui paparan slide laptop. Sedang asyik menerangkan pelan pemasaran perniagaan, cahaya 'amaran' bateri kong mula berkelipan. Anda mula rasa cuak, risau & hilang fokus pada penerangan kepada prospek. Anda mula terasa peratusan untuk 'close deal' semakin menurun. Pelanggan anda sudah menunjukkan tiada minat untuk meneruskan perbincangan lebih lanjut. Prospek mula tak senang duduk. Apa pula perasaan anda?

Berikut disenaraikan tip-tip yang boleh membantu memanjangkan hayat bateri laptop anda.

1. Defrag cakera keras anda sekerap mungkin kerana ianya boleh membantu kecekapan penggunan hard-disk anda.

2. Mengurangkan kawalan cahaya destop anda.

3. Mengurangkan jumlah program yang aktif. Sebagai contoh, anda mahu terangkan kepada prospek anda menggunakan powerpoint, maka tutup aplikasi MP3, iTunes, Flash dan sebagainya.

4. Menghadkan penggunaan USB terutama untuk tetikus, kipas mahupun external hard-disk. Hanya gunakan pad tetikus dalam situasi gawat begini.

5. Meningkatkan RAM. Ini akan membenarkan komputer riba untuk memproses lebih banyak maklumat dengan ingatan dalam komputer riba , daripada menggunakan ingatan maya.

6. Cabut pemain CD dan DVD bila tidak diperlukan (kecuali sedia terpasang).

7. Simpan bateri di tempat bebas debu dan habuk. Bersihkan logam sambungan bateri ke laptop dengan alkohol lebih baik.

8. Guna selalu bateri anda. Jangan biarkan bateri didakwa duduk terbiar untuk satu jangka masa yang lama.

Icon ID Yahoo! Massenger

Saya mahu share link untuk membuat ikon ID Yahoo Massenger dalam laman web mahupun blog anda. Hanya tukarkan kod ini TUKAR_YM_ID dgn user ID yahoo anda, maka akan keluarlah ikon seperti yang dipilih.

Contoh web yang pernah saya guna untuk buat ikon tersebut :- http://www.seriangguncarrental.com/ , http://www.onedropperfumes-dealer.com/ & http://www.insurans-takaful.com/.

Enjoy !















































Add Site URL

Di sini saya sertakan link untuk add web anda ke enjin carian !

GIANT ENGINE

Google - http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl
Yahoo! - http://search.yahoo.com/info/submit.html
Yahoo! - http://siteexplorer.search.yahoo.com/submit
MSN - http://search.world.msn.com/docs/submit.aspx

LOCAL DIRECTORY

Cari - http://search3.cari.com.my/newlinks/addlinks/
iSearch - http://www.isearch.com.my/
Malaysia Central - http://www.mycen.com.my/centraladd.html
Malaysia Trade Post - http://malaysiatradepost.com/leads/postlead.asp#mem
Mesra - http://directories.mesra.net/cgi-bin/add.cgi
Web Portal - http://www.webportal.com.my/search/add.asp
iBeli - http://www.ibeli.com/registration/register.asp
Infotoday - http://www.infotoday.net.my/reg.php
M-Sia - http://www.m-sia.com/
e-Guide http://www.eguideglobal.com/
Asean Sources - http://www.aseansources.com/jsp/myaccount_login.jsp
E-Directory.com.my - http://www.e-directory.com.my/f-seller.asp
Mobile Money SOS - https://mmweb.mobile-money.com/ (SMS based listing!)
InfoSearch.com.my - http://www.infosearch.com.my/
88DB.com - http://www.88db.com/
Trademal.com - http://www.trademal.com/
Hotfrog.com.my - http://www.hotfrog.com.my/

Template Laman Web

Laptop saya baru sahaja diformat dgn Windows 7 Ultimate lepas Windows XP lama kena detect. Maklum sahajalah, windows lanun....hehehe...

Bila godek2 drive D, saya perasan dgn 1 iklan yang pernah saya buat. Saya mempunyai koleksi design laman web yang boleh dibeli dgn harga rm30 termasuk penghantaran.

Ada lebih 1000 reka laman web yang boleh dimuat turun & diubahsuai mengikut citarasa pelanggan. Terdapat jenis untuk blog, wordpress, html dan php.

Pada masa yang sama, saya turut sertakan dua software yang boleh diinstall di komputer untuk proses ubahsuai laman web & upload ke internet (FTP).

Pastinya anda boleh menjadi programmer seperti saya sebab saya juga tiada latar belakang IT & x pernah belajar secara formal berkaitan internet ini. Hanya melalui kaedah eBook & try error.

Hubungi saya ya jika anda perlukan bantuan saya.

Lawaking

Lawak : Pearl Habor vs Titanic

Seorang Pelancong Cina masuk ke dalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana di dalamnya terdapat Steven Spielberg, "pengarah filem" yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk...dussyummm!!

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Ape hal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbour, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa ! Apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, lelaki Cina tadi terus meluru kepada pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu...debikkk!!

"Apasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas si pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa..!" jerit si pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"


Lawak : Cerita 3 Budak

Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang...

Lina:ko dah besar nak jadi apa?

Ah chong: saya da besa nak jadik Superman woo

Lina: saya dah besar nanti jadik supergirl

Ahmad: (Sambil korek idung) Saya nak jadi supermarket... macam-macam ada...

10 Marketing Concepts

10 MARKETING CONCEPTS

1. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and say, "I am very rich. Marry me!" That's DIRECT MARKETING.

2. You are at a party with a bunch of friends and see a gorgeous girl. One of your friends goes up to her and pointing at you says, "He's very rich. Marry him!" That's ADVERTISING.

3. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and get her telephone number. The next day, you call her and say, "Hi, I am very rich. Marry me!" That's TELEMARKETING.

4. You see a gorgeous girl at a party. You get up and straighten your tie. You walk up to her and pour her a drink. You open the door for her. You pick up her bag after she drops it. You offer her a ride and you say, "By the way, I am very rich. Will you marry me?" That's PUBLIC RELATIONS.

5. You see a gorgeous girl at a party. She walks up to you and says, "You are very rich. Can you marry me?" That's BRAND RECOGNITION.

6. You see a gorgeous girl at a party. You walk up to her and say, "I am very rich. Marry me!" She gives you a nice hard slap on your face. That's CUSTOMER FEEDBACK.

7. You see a gorgeous girl at a party. You walk up to her and say, I am very rich. Marry me!" And she introduces you to her husband. That's DEMAND AND SUPPLY GAP.

8. You see a gorgeous girl at a party. You walk up to her and before you can say anything, another person comes along and tells her, "I am very rich. Marry me!" That's MARKET COMPETITION.

9. You see a gorgeous girl at a party. You walk up to her and before you can say anything, another person comes along and tells her, "I am very rich. Marry me! And she follows him. That's LOSING MARKET SHARE.

10. You see a gorgeous girl at a party. You walk up to her and before you can say, "I am very rich. Marry me!" YOUR WIFE TURNS UP!That's BARRIER TO NEW MARKET ENTRY


Rujukan : terlupa...huhuh

Dr. Fadzilah Kamsah - Budaya Kerja

Datuk Dr. Fadilah Kamsah ada memberitahu :


“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria,ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘… Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.


Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… ”


Jadi renungi lah :-


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’, tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’“

mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik”

SELAMAT DATANG KE BLOG RIDUAN !

SALAM SEMUA

Saya wujudkan blog ini atas tujuan perkongsian maklumat berkaitan apa sahaja ilmu baru yg saya peroleh dari pelbagai sumber. Sudah lama saya rancang untuk wujudkan blog peribadi sendiri ini.

Saya perkenal dahulu tentang diri saya. Saya Mohd.Riduan Bin Ab.Latib, dilahirkan di Bahau (rumah keluarga) pada 30 April 1982. Bekas pelajar MRSM Serting, N9 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) dengan kepujian, UTM Skudai.

Salam perkenalan !